الدور الخامس

هذا الشرح لدور الخامس

Click on Image for Video

الدور الخامس

جنوح الفقهاء إلى التقليد:

الأصل في الفقيه,يكون مجتهدا مستقلا لا يتقيد بمذهب معين وإنما يتقيد بنصوص الكتاب والسنة وما يؤديه اليه اجتهاده المقبول. وهو في الحالتين مأجور غير مأزور,إن أصاب فله اجران وإن اخطأ فله أجر واحد كما اخبر بهذا النبي صلى الله عليه وسلم.

الفقهاء واتهموا نفوسهم بالتقصير والعجز عن اللحوق بالمجتهدين السابقين.

Kecenderungan Fuqaha’ Bertaqlid

Asalnya seorang faqih adalah seorang mujtahid yang bebas tidak terikat dengan mana-mana mazhab tertentu, kecuali dengan nas-nas kitab,Sunnah dan hasil ijtihadnya yang boleh diterima .Dia akan mengambil hokum-hakam dari dua sumbernya yang terbesar iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Kadangkala ijtihad mereka sependapat dengan ijtihad ulama’ terdahulu, kadangkala berlainan, kadangkala tepat dan betul dan kadangkala tidak tepat.Dalam dua keadaan itu pahala tetap akan diperolehi. Jika tepat dia mendapat dua pahala jika salah satu pahala sahaja. Nabi s.a.w beritahu, Sesungguhnya method ini bagi seorang mujtahid boleh menajamkan fikiran, mengembangkan bakat fiqhiyyah dan meluaskan lagi bidang fiqh.

Pada zaman ini semangat fuqaha’ mula luntur dan menganggap diri mereka lemah dan tidak mampu mengejar para mujtahidin yang dahulu.


Sebab merebaknya taqlid di kalangan fuqaha’

PERTAMA : kuasa politik khulafa’ Abbasiyyin menjadi lemah. Negeri ini tidak lagi seperti dulu bahkan telah berpecah kepada Negara kecil. Kesannya kehidupan fiqh dan fuqaha’ sendiri dimana mereka tidak lagi mendapat perhatian. Ini menjadikan mereka tidak lagi bersemangat dan berdaing asing. Bahkan sebaliknya menjadi lesu dan akhirnya memilih untuk memahami segala epeninggalan dan warisan ulama-ulama silam sahaja.

KEDUA: Mazhab-mazhab islami telah terbentuk dengan sempurna. Dan masalah-masalah yang berkaitan dengan persoalan hukum fiqh telah dihalusi dan disusun rapi. Dan jiwa masing-masing merasai senang dengan perbendaharaan fiqh yang bertimbun-timbun itu dan merasai tidak perlu mengkaji lagi.

KETIGA: kurang percaya terhadap diri sendiri dan timbul rasa takut untu berijtihad. Ini kerana terdapat di antara mereka yang mengaggap diri masing-masing lemah dan tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan hokum yan asli. Mereka merasakan yang terbaik dan layak bagi mereka ialah terikat dengan mana mana mazhab yang masyhur dan mempelajari method mazhab dengan lebih mendalam.


PENUTUPAN PINTU IJTIHAD

Oleh kerana banyak dakwaan ijtihad dari mereka yang tidak mempunyai kelayakan berijtihad. Dan para fuqaha’bimbang mereka ini akan merosakkan orang ramai dengan pelbagai fatwa yang batil. Maka para ulama mengambil keputusan memberi fatwa’’ pintu ijtihad elah ditutup’’ demi memelihara agama dan menolak angkara kerosakkan ini.

Sebernarnya, ijtihad teteap kekal dalam hokum syari’at dan tidak hilang. Untuk melakukan ijtihad perlu melengkapkan diri dengan syarat syarat tertentu, hanya mereka yang memenuhi syarat demikian sahaja boleh berijtihad.

PERANAN FUQAHA’ PADA ZAMAN INI

Para fuqaha’ pada zaman ini mengutamakan taqlid, tetapi mereka telah melakukan kerja yang amat besar faedah dan manfaatkanya, di antara lain;-

1) Berusaha mendapatkan alasan, sebab atau ‘illat bagi hokum hokum yang dinukilkan dari iman iman mereka. Ini kerana bukan semua hokum yang diukil itu disertakan alas an ‘illat-nya. Para fuqaha’ menumpukan kerja kerja mereka kepada hukum hukum furu’ yang diriwayatkan dari imam masing masing.

2) Menyimpulkan kaedah kaedah istinbat dari cabang cabang masalah dalam mazhab itu bagi mengetahui cara cara ijtihad yang dikeluarkan oleh imam mazhab. Maka sempurnalah beberapa kaedah ilmu usuk fiqh setelah dimulakan oleh imam al-syafi’I dengan penulisannya yang masyhur iaitu al-risalah.

3) Tarjih atau memilih dan menyokong di antara pendapat pendapat yang dinukilkan dari imam. Kadangkala, orang yang dinukilkan sesuatu pendapat yang telahpun ditarik tidak penarikanny. Dan ada dua pula pendapat imam ituterdapat perbezaan kecil yang boleh menjadi punca. Dan timbul lah dua pendapat yang berlainan salah satu pendapat ialah qiyas sedangkan yang satu lagi bedasarkan istihsan.

4) Menyusun Fiqh al-mazhab. Kerja kerja ini dilakukan dengan meyusun hukum hukumnya. Diperjelaskan yang mujmalnya ,diqaidkan yang mutlaqnya. Diperkukuhkan dengan dalil dalil. Oleh yang demikian ternyatalah bahawa kerja kerja ini juga adalah suatu sumbangan atau khidmat yang amat besar ertinya kepada fiqh.

No comments:

Post a Comment